Tuesday 24 May 2016

Kidz Planet (Wangsa Walk)

Teks & Foto : Munirah Yusoff





Hari ni saja-saja bawa anak saudara tengok cerita Angry Bird di TGV Wangsa Walk. Sementara nak menunggu tu, singgah Kidz Planet, dekat dengan tangga nak ke TGV.

.
Ini bukan setakat anak saudara yang seronok main, mak saudara pun layan main sekali. Cuma tak naik lah yang gelongsor tuh. :P

Nak masuk sini pun ada tiket.
Sebab bayar sekali dan boleh keluar masuk sepanjang hari.

Harga untuk masuk ke Kidz Planet.
Nak masuk kena pakai sarung kaki, RM 5 sepasang.
Jadi nak selamat jimat duit, bawa siap-siap.


Kawasan mainan macam pantai.
Dari jauh nampak macam guna beras,
tapi sebenarnya Cassia Seed.

Penerangan mengenai Cassia Seed

Bentuk Caasia Seed. Ala-ala beras @ kacang hijau.
Sedap pijak, jadi terapi kaki. :D

Tempat memanjat.

Gelongsor.

Oklah, seronok main sini. Cuma bukan musim cuti sekolah, tak ramai pun budak-budak yang ada. Masa kami masuk, ada 1 keluarga saja (mak+ayah+anak seorang). 
  • Harga RM 25 sekali masuk untuk seharian.
  • Harga untuk 1 kanak-kanak dan maximum 2 dewasa. Dewasa yang ketiga di caj RM 5
  • Kebersihan dijaga. Nak masuk kena pakai stokin + sanitarize tangan.


================
Nota kaki:
Jenuh kalau anak ramai, semua nak masuk sini.
Saya pun fikir banyak kali nak bawa anak saudara seorang.
Sekali saja masuk, lepas tu memang selamat tinggal la. :D
Buat lepas hajat dia nak main taknak bosan.
================

No comments:

Post a Comment